TENTANG KAMI
ABOUT US
DEFINASI ‘CAKNE’
Dalam Bahasa Melayu ‘CAKNE’ diambil dari perkataan ‘cakne’ atau ‘cakna’, loghat Pantai Timur yang bermaksud ‘ambil peduli’ atau ‘ambil berat’.
Sementara itu dalam Bahasa Inggeris pula ‘CAKNE’ adalah akronim kepada CANCER ASSOCIATES & KINDRED NETWORK
THE MEANING OF ‘CAKNE’
Apabila seseorang kanak kanak mengidap kanser, seluruh keluarganya akan turut terjejas. Ibu biasanya terpaksa berada berbulan bulan di hospital bersama anak yang sakit secara berterusan dan dengan itu terpaksa meninggalkan anak anak yang lain di rumah. Bapa pula tidak dapat bekerja seperti biasa kerana terpaksa membahagikan masa diantara tempat kerja-rumah-hospital. Adik beradik pula terabai sekiranya tidak mempunyai sistem sokongan yang mantap. Masalah kewangan pula sudah pasti menghambat kerana kos rawatan yang tinggi dan berterusan. Ia bertambah teruk apabila salah seorang dari ibubapa terpaksa berhenti kerja atau bercuti tanpa gaji.
Kadang kadang walaupun telah bertahun menjalani rawatan, Allah SWT dengan segala kebijaksanaanNya tetap juga mengambil anak itu pulang ke rahmatullah. Betapakah beratnya musibah ini? Hanya mereka yang telah melaluinya sahaja yang mampu menggarap.
Namun untuk insan yang bertaqwa, semua musibah ini adalah merupakan ujian Ilahi yang diberi kepada mereka yang sebenarnya mampu memikulnya.
(Al-Baqarah: 286)
Pada masa yang sama, sesungguhnya kasih sayang ALLAH swt bukan hanya melalui kegembiraan, kekayaan, kemenangan dan kesihatan tetapi juga melalui musibah. Kesabaran dan keredhaan menghadapinya akan menerima ganjaran yang hebat.
“…………. Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira”.
Az Zumar : 10
OBJEKTIF CAKNE
- Membantu pesakit kanser kanak kanak dan keluarga mereka tanpa mengira bangsa, agama atau keturunan.
- Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran pesakit kanser kanak kanak dan ahli keluarga mereka tentang penyakit yang dihadapi serta kaedah rawatan, kaedah penjagaan dan yang seumpamanya.
- Meningkatkan tahap kesediaan dan ketahanan pesakit kanser kanak kanak dan ahli keluarga mereka semasa sebelum rawatan, semasa sedang rawatan dan selepas rawatan.
- Menyediakan bantuan kewangan dan peralatan untuk pesakit kanser kanak kanak dan keluarga mereka yang memerlukan berdasarkan merit dan kemampuan kewangan pertubuhan.
- Meningkatkan tahap kesedaran anggota masyarakat tentang cara cara untuk menyokong pesakit kanser kanak kanak dan keluarga mereka.
- Meningkatkan kesedaran orang ramai tentang penyakit kanser kanak kanak khususnya dan penjagaan kesihatan secara umumnya.
- Meningkatkan semangat kesukarelawanan di kalangan ahli khususnya dan anggota masyarakat amnya.