Khidmat Kami
Jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh CAKNE telah dipelbagaikan untuk memenuhi berbagai keperluan bagi pesakit kanser kanak-kanak di Malaysia. Kami telah memperluas perkhidmatan dan kemudahan kami yang dapat membantu hasil jangkauan yang lebih luas, mendorong lebih banyak kesedaran masyarakat dan rakyat Malaysia amnya untuk sama-sama membantu pesakit kanser kanak-kanak ini.

Sistem Sokongan Moral
Sokongan moral merupakan terapi jiwa yang dapat menaikkan semangat buat pesakit kanser kanak-kanak dan untuk ahli keluarga mereka.
Bantuan Kewangan
Hasil bantuan kewangan dari sumbangan orang ramai akan disalurkan pada keluarga pesakit kanser kanak-kanak yang memerlukan.
Pengumpulan Dana
Hulurkan tangan dan ringankan beban keluarga dan pesakit kanser kanak-kanak dengan sumbangan seikhlas hati yang dapat menceriakan mereka.
Starter Kit
Persediakan asas kelengkapan perapi diri turut disediakan buat pesakit kanser kanak-kanak dan keluarga untuk keperluan mereka seharian.
Penginapan
Kemudahan penginapan disediakan bagi ahli keluarga yang perlu membuat rawatan susulan untuk kanak-kanak pesakit kanser di hospital.
Aktiviti Ukhuwah
Sepanjang tahun, CAKNE menjalankan pelbagai aktiviti menarik bagi menyantuni dan membantu mereka yang memerlukan.Aktiviti Ukhuwah

Sambutan Ulang Tahun Kelahiran

Santuni Wad

Hari Keluarga

CAKNE Aqeelah Trail

CAKNE Kinabalu Challenge