KANSER DI KALANGAN KANAK-KANAK/ABOUT CHILDHOOD CANCER

Jika anak anda didiagnosis dengan kanser dan mendapat rawatan di PPUKM, kami di CAKNE akan berusaha membantu anda untuk menjadi ‘care giver’ yang positif dan berilmu supaya mampu membantu proses rawatan anak anda.

Terdapat perbezaan yang ketara bagi penyakit kanser di kalangan individu dewasa dan kanak-kanak. Kanser terjadi apabila sel-sel di dalam badan mula berkembang di luar kawalan. Sel-sel dalam hampir mana-mana bahagian badan boleh menjadi kanser, dan boleh merebak ke bahagian lain.

Kanser yang berkembang di dalam kanak-kanak selalunya berbeza daripada jenis yang ada di kalangan orang dewasa. Kanser di kalangan kanak-kanak sering terhasil daripada perubahan DNA dalam sel yang berlaku sangat awal dalam kehidupan, malah kadang-kala sebelum kelahiran.

Tidak seperti kanser di kalangan orang dewasa, kanser kanak-kanak jarang dikaitkan dengan risiko faktor gaya hidup atau risiko alam sekitar.

Dengan beberapa pengecualian, kanser kanak-kanak cenderung bertindak balas lebih baik terhadap rawatan tertentu, seperti kemoterapi. Tubuh mereka mampu menangani kemoterapi lebih baik berbanding orang dewasa.

Sebaliknya, kanak-kanak (terutama usia yang sangat muda) lebih berkemungkinan terjejas disebabkan terapi radiasi jika ia diperlukan sebagai sebahagian daripada rawatan.

Kedua-duanya boleh menyebabkan kesan sampingan jangka panjang. Justeru, kanak-kanak yang menghidap kanser perlukan rawatan susulan sepanjang hayat mereka.

Perkara yang perlu disedari adalah apabila seseorang kanak-kanak didiagnosis dengan kanser, ia akan memberi kesan kepada setiap ahli keluarga dan hampir setiap aspek kehidupan keluarga.

 

2.1 Rawatan Kanser

Rawatan yang digunakan untuk pesakit kanser kanak-kanak adalah toksik, tidak menyenangkan dan tidak menentu.

Pelbagai usaha dilakukan bagi mencari cara terbaharu untuk merawat kanser di mana cabaran utama yang dihadapi para doktor hari ini ialah bagaimana untuk menjadikan rawatan lebih selamat dan mengurangkan risiko bahaya berkaitan rawatan kepada pesakit kanak-kanak.

Terdapat beberapa jenis rawatan yang digunakan untuk kanser kanak-kanak termasuk pembedahan, kemoterapi, radioterapi, imunoterapi dan pemindahan sel stem. Selalunya gabungan rawatan ini digunakan.

 

Pembedahan

Pembedahan memainkan peranan amat penting dalam rawatan kanser yang bertujuan untuk membuang tumor.

Bergantung kepada saiz dan kedudukan tumor dalam badan, pembedahan mungkin menjadi bahagian pertama rawatan. Kadang-kala, pembedahan boleh membahayakan atau menyebabkan kerosakan yang besar disebabkan saiz dan kedudukan tumor. Dalam situasi ini, kemoterapi atau radioterapi mungkin terlebih dahulu digunakan bagi mengecutkannya.

 

Kemoterapi

Kemoterapi adalah istilah yang digunakan terhadap ubat-ubatan yang diberikan untuk membunuh sel-sel kanser.

Ia boleh diambil secara oral (melalui mulut), intravena (disuntik terus ke dalam vena), intraotot (disuntik terus ke dalam otot) atau intrathecally (terus ke dalam cecair spinal).

 

Radioterapi

Radioterapi merawat kanser dengan menggunakan sinar bertenaga tinggi untuk memusnahkan sel-sel kanser pada bahagian tertentu dalam badan. Rawatan ini biasanya diberikan sebagai satu siri sesi harian pendek dalam tempoh beberapa minggu.

Radioterapi juga digunakan pada kanak-kanak yang memerlukan pemindahan sel stem (sum-sum tulang). Radioterapi digunakan untuk memusnahkan sumsum tulang mereka yang sedia ada sebelum pemindahan.

 

Imunoterapi

Sejenis rawatan terkini yang mula digunakan dalam rawatan beberapa jenis kanser dan menjadi subjek kepada banyak usaha penyelidikan.

Ia memanfaatkan kuasa sistem imun pesakit sendiri untuk menyerang kanser. Ini boleh dicapai dalam beberapa cara yang berbeza.

Sejenis imunoterapi dikenali sebagai terapi anti-GD2 sedang diuji untuk kanak-kanak dengan neuroblastoma berisiko tinggi.

Keputusan awal memberi harapan cerah tetapi ia mempunyai kesan sampingan yang tidak menyenangkan dan masih diperbincangkan.

 

Pemindahan sel stem

Pemindahan sel stem atau sum-sum tulang membolehkan kanak-kanak menerima dos kemoterapi yang lebih tinggi. Ini kerana dos kemoterapi yang tinggi meningkatkan peluang menyembuhkan kanser tetapi mempunyai lebih banyak kesan sampingan.

Dos yang sangat tinggi akan memusnahkan sel-sel stem darah dalam sum-sum tulang. Oleh itu, selepas kemoterapi berdos tinggi kanak-kanak akan diberikan sel stem untuk menghasilkan sel-sel darah lagi.

 

SERTAI KAMI/VOLUNTEERING/GET INVOLVED

Siapa kata masa yang banyak diperlukan untuk melakukan aktiviti kebajikan? Tiada sebarang syarat atau kelayakan tertentu untuk menyertai sukarelawan CAKNE. Marilah bersama-sama memanfaatkan kelebihan yang ada pada diri kita untuk membantu insan memerlukan.

Walaupun kecil bagi anda, besar maknanya bagi yang menerima. Anda boleh memilih pelbagai bidang sukarelawan yang sesuai dengan minat dengan masa yang fleksibel.

Bagi anda yang berminat, bolehlah mendaftar secara atas talian, sila klik di pautan berikut https://goo.gl/forms/w7ZOXGpQkeEPBq4p1

 

  1. DANA/DONATE

 

Setakat ini kami masih belum menerima sebarang geran atau bantuan kewangan dari pihak kerajaan. Justeru, kami bergantung sepenuhnya kepada sumbangan anggota masyarakat prihatin seperti anda untuk meneruskan aktiviti dan perkhidmatan CAKNE.

Adalah amat mendukacitakan apabila seseorang kanak kanak tidak dapat menjalani/ menyambung rawatan dan seterusnya akan menemui ajal disebabkan oleh masalah kewangan.

Oleh itu sokonglah kami dengan membiayai pelbagai program CAKNE yang bertujuan untuk menyelamatkan lebih banyak nyawa dan memberi kanak-kanak terpilih ini peluang lebih baik dalam perjuangan mereka menentang kanser.

 

HUBUNGI KAMI/CONTACT US

 

Alamat    :                 No. 12, Jalan RK 4/6, Rasah Kemayan, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus

No Tel     :                 06-6012203

E-Mel      :                 info@cakne.org.my