Misi CAKNE
Memberi sokongan holistik kepada semua pesakit kanser kanak-kanak dan keluarga di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz secara khususnya dan seluruh Malaysia secara amnya tanpa mengira bangsa, agama atau keturunan.

Dalam Bahasa Melayu “CAKNE” diambil daripada perkataan “cakne” atau “cakna”, dialek Pantai Timur yang bermaksud “ambil peduli” atau “ambil berat”. Sementara itu dalam Bahasa Inggeris pula “CAKNE” adalah akronim kepada CANCER ASSOCIATES & KINDRED NETWORK.
Definisi Cakne
Tentang CAKNE.
CAKNE adalah sebuah kumpulan sokongan untuk pesakit kanser kanak-kanak yang mendapat rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) serta ahli keluarga mereka. Ia ditubuhkan pada penghujung tahun 2008 oleh Hj. Mohd Shah Awaluddin dan isterinya, Puan Nor Hashimah Sulaiman serta beberapa orang ibu bapa lain yang anak mereka juga diuji dengan kanser ketika itu.
CAKNE seterusnya telah didaftarkan secara rasmi atas nama Persatuan Sokongan Kanser Kanak Kanak PPUKM pada 2hb Ogos 2013 dengan No Pendaftaran PPM-020-10-02082013.
Kenapa CAKNE ditubuhkan?
Sebagaimana yang sedia maklum, kanser adalah suatu penyakit yang amat digeruni manusia. Kedahsyatan penyakit, rawatan serta kesan kesan sampingannya bukanlah sesuatu yang mudah untuk dihadapi oleh orang dewasa apatah lagi oleh kanak-kanak yang belum mengerti apa apa.
Objektif CAKNE

Objektif No. 1
Membantu pesakit kanser kanak-kanak dan keluarga mereka tanpa mengira bangsa, agama atau keturunan.
Objektif No. 2
Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran pesakit kanser kanak-kanak dan ahli keluarga mereka tentang penyakit yang dihadapi serta kaedah rawatan, kaedah penjagaan dan yang seumpamanya.
Objektif No. 3
Meningkatkan tahap kesediaan dan ketahanan pesakit kanser kanak-kanak dan ahli keluarga mereka semasa sebelum rawatan, semasa sedang rawatan dan selepas rawatan.
Objektif No. 4
Menyediakan bantuan kewangan dan peralatan untuk pesakit kanser kanak-kanak dan keluarga mereka yang memerlukan berdasarkan merit dan kemampuan kewangan pertubuhan.
Objektif No. 5
Meningkatkan tahap kesedaran anggota masyarakat tentang cara cara untuk menyokong pesakit kanser kanak-kanak dan keluarga mereka.
Objektif No. 6
Meningkatkan kesedaran orang ramai tentang penyakit kanser kanak-kanak khususnya dan penjagaan kesihatan secara umumnya.
Objektif No. 7
Meningkatkan semangat kesukarelawanan dalam kalangan ahli khususnya dan anggota masyarakat amnya.Kisah Survivor
Kisah perkongsian dari ibu bapa pesakit kanser. Semoga menjadi contoh dan kekuatan buat ibu bapa lain yang diuji dengan penyakit kanser pada anak tersayang.Family ABC