CAKNE

ambil cakna, ambil peduli

Bantu kami, demi kanak-kanak kanser

Ditubuhkan pada 2008, CAKNE merupakan kumpulan sokongan kanser kanak-kanak yang kanak-kanak penghidap kanser yang dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Ianya diasaskan oleh Hj. Mohd Shah Awaluddin dan isteri Nor Hashimah Sulaiman bersama beberapa ibu bapa penghidap kanser.

Kongsi Harapan, Kongsi Kekuatan

13653040_1207909692574314_6461227275506626656_o

DEFINISI CAKNE

0 K

Dalam Bahasa Melayu “CAKNE” diambil daripada perkataan “cakne” atau “cakna”, dialek Pantai Timur yang bermaksud “ambil peduli” atau “ambil berat”.

Sementara itu dalam Bahasa Inggeris pula “CAKNE” adalah akronim kepada CANCER ASSOCIATES & KINDRED NETWORK.

OBJEKTIF CAKNE

Objektif CAKNE

Membantu pesakit kanser kanak-kanak dan keluarga mereka tanpa mengira bangsa, agama atau keturunan.

What We Do

CAKNE membantu kanak-kanak kanser

CAKNE memberikan pelbagai jenis bantuan kepada pesakit bermula dengan Starter Kit sehingga bantuan kos sara hidup bagi golongan B40.

Pemberian Starter-Kit

Peralatan Perubatan

Bantuan Kos Ubat

Bantuan Sara hidup

Tambang Rawatan

Perbelanjaan Pengebumian

STARTER KIT CAKNE
Starter kit adalah beg yang diagihkan ke wad onkologi hospital yang mengandungi  termometer, tuala kecil, berus gigi dan ubat gigi, sanitary pad dan buku log.
 
Starter kit ini amat membantu, kerana sebaik sahaja pesakit didiagnosa dengan kanser, mereka akan terus dimasukkan ke wad dalam keadaan ibu bapa tidak bersedia dengan barang kelengkapan.
 
Kos setiap starter kit kini mencapai RM250 justeru sumbangan & tajaan korporat mahupun individu adalah amat dialu-alukan.
 

CAKNE telah beri 500+ Starter kit

0 +

lebih 500 starter kit telah diedarkan CAKNE sejak 2014.

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala dengan apa yang diusahakannya …”

Al Baqarah: 286

MATLAMAT CAKNE

Kenapa CAKNE ditubuhkan?

Sebagaimana yang sedia maklum, kanser adalah suatu penyakit yang amat digeruni manusia. Kedahsyatan penyakit, rawatan serta kesan kesan sampingannya bukanlah sesuatu yang mudah untuk dihadapi oleh orang dewasa apatah lagi oleh kanak-kanak yang belum mengerti apa apa.

Apabila seseorang kanak-kanak menghidap kanser, seluruh keluarganya akan turut terjejas. Ibu biasanya terpaksa berada berbulan-bulan di hospital bersama anak yang sakit secara berterusan dan dengan itu terpaksa meninggalkan anak-anak yang lain di rumah. Bapa pula tidak dapat bekerja seperti biasa kerana terpaksa membahagikan masa diantara tempat kerja-rumah-hospital. Adik-beradik pula terabai sekiranya tidak mempunyai sistem sokongan yang mantap. Masalah kewangan pula sudah pasti menghambat kerana kos rawatan yang tinggi dan berterusan. Ia bertambah teruk apabila salah seorang daripada ibu bapa terpaksa berhenti kerja atau bercuti tanpa gaji.

Kadang-kadang walaupun telah bertahun-tahun menjalani rawatan, Allah SWT dengan segala kebijaksanaan-Nya tetap juga mengambil anak itu pulang ke rahmatullah. Betapa beratnya musibah ini, hanya mereka yang telah melaluinya sahaja yang mengetahui hakikat pedihnya sebuah kehilangan.

Kongsi Harapan, Kongsi Kekuatan

Kami sedia membantu kanak-kanak kanser. Anda bagaimana?

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.

FUNDRAISING DAN KEMPEN KESEDARAN

Program Utama anjuran CAKNE

Kakcik Islah

    Nama saya Nurul Islah binti Mohd Shah, saya adalah salah seorang cancer survivor.Dahulu saya pernah menghadapi cancer otak stage4 semasa saya berumur 9 tahun, pada tahun 2007.Saya menjalani pemdahan pada 19Nov2007, kemudian,saya menyambung rawatan radiotherapy sebanyak 30 kali dan chemotherapy sebanyak 8 kali.saya bebas dari cancer pada tahun 2009 semasa saya berumur 11 tahun .selepas rawatan setiap pesakit cancer harus check-up semula dengan doktor. Pada hujung 2010 doktor mengdapati ada sedikit ketelun di dalam kepala saya,melalui followup MRI,setelah membuat pembedahan yang kedua doktor mengdapati Itu hanya ketulan biasa saje, alhamdulillah.

    Kakcik Islah

    Cancer survivor

    Ili Syazwani Binti Zahimi

      Ili merupakan ibu kepada pejuang kanser retinoblastoma, Adelia Anggerik. Seawal usia 2 tahun lebih, mata kanan Anggerik telah dibuang dan kini dia hanya melihat dengan sebelah mata saja. Mata kanannya hanyalah mata palsu yang perlu ditukar mengikut keperluan umurnya. Ili menyertai CAKNE atas dasar ingin membantu keluarga kanak-kanak kanser yang lain dalam bentuk penulisan.

      Ili Syazwani Binti Zahimi

      Ibu pesakit kanser

      Azleen Ibrahim

        Azleen adalah ibu kepada Hani Liyana Hanif. Semasa umur Hani 3 tahun dia telah di diagnosis dengan Leukemia (ALL). Sejak tahun 2008 hospital telah menjadi rumah kedua kami dan semenjak itulah saya mula kenal CAKNE. Alhamdulillah sekarang Hani sudah bebas daripada kanser dan semakin bersemangat untuk membantu kanak-kanak lain.

        Azleen Ibrahim

        Ibu pesakit